3 pembekal ayam tak sembelih disaman
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.
Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.
Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya.
Selain itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di Persatuan Pengguna Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk menghadiri pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang semuanya bernilai RM1,375.77.
Zainuddin juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam.
Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran.
Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos perbelanjaan.
Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut Syara’ dan tidak prihatin serta sensitif kepada kehendak umat Islam.
Defendan kedua pula didakwa secara cuai menyelia pengeluaran produk yang berlogo halal pada bungkusan itu, manakala defendan ketiga gagal melakukan sebarang pemeriksaan bagi memastikan keselamatan halal produk itu sebelum dipasarkan.
“Pada 28 Oktober tahun lalu saya membeli tiga ayam selasih di Tesco dan mendapati ayam yang dilabelkan logo halal tidak disembelih dengan betul mengikut prosedur penyembelihan.
“Sangkaan saya ternyata betul apabila PPIM mengesahkan ayam yang dibeli tidak halal kerana urat leher ayam yang disembelih itu tidak putus,” katanya.
24 February 2008
3 pembekal ayam tak sembelih disaman
Posted by CADPHOBIA at 5:05 PM 0 comments
19 February 2008
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Posted by CADPHOBIA at 1:16 AM 0 comments
MENGAPA OH MENGAPA?
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!
Sudah tentu baik ,sebab sahabat ambo mudah lupa.Macam ambo juga,Melayu mudah lupa (Malay easily forget).Kata Abe Mahathir
MENGAPA OH MENGAPA?
Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya...
...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?
Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...
...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?
Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...
...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"
Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?
Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...
...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?
Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!
Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang pengganas?
Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...
...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!
Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...
...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?
Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!
Posted by CADPHOBIA at 1:07 AM 0 comments
17 February 2008
SUARA YANG DIDENGAR MAYAT
Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja... Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini.
SUARA YANG DIDENGAR MAYAT
Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya
Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.
Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
· - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
· - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
· - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'
Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
· - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
· - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
· - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'
Ketika Mayat Siap Dikafan ....Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan
· - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
· - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
· - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
· - Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'
Ketika MayatDiusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
· - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
· - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'
Ketika Mayat Siap Disholatkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
· - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
· - Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'
Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat.... terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan....
· - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
· - Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
· - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'
Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .. Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... .
· Kini Kau Tinggal Seorang Diri
· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
· Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
· Hari Ini,....
· Akan Kutunjukan Kepadamu
· Kasih Sayang-Ku
· Yang Akan Takjub Seisi Alam
· Aku Akan Menyayangimu
· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , 'Wahai Jiwa Yang Tenang
· Kembalilah Kepada Tuhanmu
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'
Anda Ingin Beramal Soleh ?
Tolong kirimkan Kepada Rakan-Rakan Muslim Lainnya Yang Anda Kenal...!!! Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.
Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda 'wakafa bi almauti wa'idha', ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....
Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca email ini.
Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.
Posted by CADPHOBIA at 11:34 PM 0 comments
14 February 2008
Elak Jadi Insan Istidraj
Bukan sesuatu yang mengejutkan untuk melihat seseorang yang tidak pernah sembahyang dan berpuasa pada Ramadan tetapi hidup kaya-raya dengan mempunyai wang yang banyak, rumah tersergam dan deretan kereta mewah.
Walaupun hidup mereka bergelumang dosa dengan maksiat seperti berzina, minum arak dan berjudi, tetapi masih mendapat pemberian nikmat Allah SWT dengan mempunyai kehidupan sempurna di dunia.
Jangan salah faham kerana situasi di atas di gelar 'istidraj' di dalam Islam, yang mana ia adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia tetapi pemberian itu tidak di redai Nya.
Bagaimanapun manusia derhaka dan sering berbuat maksiat terkeliru dengan berfikiran, segala kemewahan itu akan berkekalan sehingga mereka terlupa adanya kehidupan selepas mati, ia itu akhirat.
Yang menjadi masalah ialah apabila umat Islam tidak faham dengan 'istidraj'. Mereka berasa ragu-ragu kerana kalau kita hendak dapat kebahagiaan di dunia dan akhirat, kita mesti ikut jejak langkah Rasullullah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Namun ada orang yang hidup mereka biasa saja walaupun sembahyang lima waktu sehari, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan ketika Ramadan saja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Ada yang susah juga. Kenapa?
Bagaimana pula orang yang seumur hidup tidak pernah sembahyang dan puasa tetapi rumah mereka tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak dan boleh hidup mewah.
Bila di tanya apakah kamu tidak takut mati? Jawab mereka: "Alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!" Begitu sombongnya mereka.
Manusia 'istidraj' adalah manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia berasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina orang yang beramal tanpa mengetahui sebenarnya, kadang-kala Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkan.
Sehubungan itu, umat Islam harus cekal dengan dugaan Allah kerana dugaan itu menunjukkan Allah prihatin dan ingin menguji tahap kesabaran dan keimanan mereka apabila di timpa musibah.
Perlu diingatkan, ia itu cubaan bagi seseorang mukmin adalah kebaikan. "Sungguh unik perkara orang mukmin itu. Semua perkaranya baik. Jika mendapat kebaikan ia bersyukur, maka itu menjadi kebaikan baginya. Jika di timpa musibah dia bersabar, maka itupun kebaikan baginya. Dan ini hanya akan terjadi pada orang mukmin," demikian Rasullullah bersabda.
Rasullullah juga berpesan, "Jika engkau memohon, mohon kepada Allah, jika engkau minta pertolongan, minta kepada Allah. Ketahuilah bahawa seandainya seluruh makhluk berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu memberikannya, selain yang di tetapkan Allah bagimu.
Dalam sebuah hadis sahih, Rasullullah bersabda: "Allah tidak menentukan qada bagi hamba, kecuali qada itu baik baginya."
Posted by CADPHOBIA at 4:48 PM 0 comments
KHABAR STAFF IKM TASYA

Ni Gambar KAT IKM LUMUT
Apakhabar staff IKM Tsya? HArap semua sihat2 sejahtera. Ada yang mengenali aku ni? Rasanye x kot... Terutama kursus TSB Hj. Ahmad Haron (Sifu), Azmi Masod (JR Sifu), Nash, Ajilah dan lain lain...
Agak2 korang x nak pindah IKM lain ke?
Cuba pindah, dan tengok IKM lain... Tukar suasana kerja agar lebih innovatif. betul..
Heee tapi kalau x nk pindah pon x pe... IKM Sabah menunggu tu....
Ok le lama x lepak IKM TSYA
Posted by CADPHOBIA at 12:37 AM 0 comments
Akhbar cetak semula karikatur hina Rasulullah
COPENHAGEN: Beberapa akhbar utama Denmark semalam mencetak semula karikatur kontroversi yang menghina Nabi Muhammad SAW dengan lakaran seseorang memakai serban berbentuk bom.
Mereka mendakwa kononnya tindakan itu bertujuan menunjukkan komitmen mereka terhadap kebebasan bersuara selepas tiga orang ditahan kelmarin atas tuduhan berkomplot untuk membunuh lelaki yang melakar karikatur itu.
Lakaran itu, oleh Kurt Westergaard dan 11 karikatur lain menimbulkan kemarahan orang Islam di seluruh dunia dua tahun lalu apabila ia disiarkan oleh akhbar di Eropah.
Akhbar Jyllands-Posten, yang mula menyiarkan 12 lakaran itu pada 30 September 2005, mencetak semula karikatur Westergaard. Beberapa akhbar utama lain, termasuk Politiken dan Berlingske Tidende juga mencetak semula karikatur berkenaan, yang menunjukkan seseorang memakai serban berbentuk bom yang dilengkapi fiusnya.
Sebuah lagi akhbar tabloid, Ekstra Bladet turut mencetak semula semua 12 karikatur berkenaan.
Agensi perisik polis, PET, berkata dua orang keturunan Tunisia dan seorang warga Denmark daripada keturunan Maghribi ditahan kelmarin dalam serbuan yang diadakan pada awal subuh di Aarhus di barat Denmark.
Ketua PET, Jakob Scharf berkata tujuan operasi berkenaan adalah "untuk mengelakkan pembunuhan salah seorang pelukis kartun yang melakar karikatur Nabi Muhammad SAW. Jyllands-Posten mendakwa komplot itu ditujukan kepada Westergaard, 73, yang bekerja untuk akhbar berkenaan.
Scharf berkata suspek dari Denmark itu akan dibebaskan selepas disoal siasat tetapi dia masih boleh dikenakan tuduhan melanggar undang-undang keganasan Denmark. Dua lagi suspek keturunan Tunisia itu akan dibuang dari Denmark sebab mereka dianggap ancaman kepada keselamatan nasional, katanya.
Penyiaran karikatur itu mencetuskan bantahan besar-besaran dunia Islam pada awal 2006. Melihat reaksi itu, rakyat Denmark seolah-olah tidak percaya dengan kebangkitan kemarahan itu apabila bendera negara berkenaan dibakar dan kedutaannya diserang di beberapa negara Islam termasuk Syria, Iran dan Lubnan.
Barang dari Denmark juga diboikot di beberapa negara Islam. - AP
Posted by CADPHOBIA at 12:35 AM 0 comments
13 February 2008
Jangan ada niat simpan kuku panjang
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang..... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi terjavascript:void(0)
Publish Postsebut.... potonglah kuku anda.
The Truthjavascript:void(0)
Publish Post
Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia jugabukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerahsantan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
Percayalah.
Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang. Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang
sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh
Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut
a.s.
Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.
Posted by CADPHOBIA at 6:28 PM 0 comments
Parlimen Bubar Hari Ini Untuk
PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-12 diadakan.
Beliau mengumumkan pembubaran itu pada satu sidang media di pejabatnya di sini, yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1 tengah hari ini.
Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, kecuali Sarawak berkuatkuasa pada tarikh yang sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.
Katanya beliau telah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk pembubaran Parlimen ke-11.
sumber : bernama
Posted by CADPHOBIA at 12:58 AM 0 comments
KO-KURIKULUM 13/2/2007
HARI INI BERTUGAS UNTUK KO MEMANAH.
CUACA PANAS GILE....
KULIT DAH JADI KULIT BANGLA
CUACA KAT SINI (LUMUT, PERAK) JAN- MAC PANAS (30-40CELCIUS)
SEMENJAK DUDUK LUMUT DARO 2000 KULIT DAH RENTUNG DAO BERULANG ALUK P KERJA
SINI KALAU PANAS MENJERIT! (OFFICE MATE AKU KATA)
BAYANGKANLAH! TAPI YANG SYOKNYE PAGI SEJUK GILE....TU YANG BUAT MALAS NAK BANGUN TU
AKU YANG PAKAI BAJU BIRU TU (MCAM PANDAI JE MEMANAH)
Posted by CADPHOBIA at 12:36 AM 0 comments
12 February 2008
Mengakses Internet di kawasan terbuka
Perkara yang paling penting sekali untuk mencapai Internet ialah liputan "signal" dari pembekal talian sama ada syarikat telekomunikasi atau penyedia perkhidmatan Internet (ISP) atau jaringan tanpa wayar.
Jika menggunakan khidmat selular, anda perlu mendapatkan khidmat pembekal dan pastikan liputan ada di kawasan itu.
Anda boleh menggunakan telefon bimbit dan lebih baik lagi sekiranya mempunyai telefon bimbit terkini dengan fungsi 3G atau EDGE.
Secara ringkas, sambungkan telefon bimbit anda ke komputer menggunakan kaedah penyambungan Bluetooth atau kabel USB dan gunakan perisian yang dibekalkan pembuat telefon bimbit untuk memulakan sambungan ke Internet.
Alamat IP akan dibekalkan oleh pembekal selular anda.Setelah dapat alamat IP, anda boleh mencapai Internet.
Gambar yang disertakan menunjukkan perisian Nokia PC Suite dengan pilihan sambungan ke Internet.
Posted by CADPHOBIA at 7:43 PM 0 comments
BAGAIMANA NAK MENJADI USAHAWAN
SILA KILI LINK DIBAWAH
http://prepaid4u.net/?id=cadphobia
Posted by CADPHOBIA at 6:06 PM 0 comments
Beza tanggungjawab lelaki (suami) dan perempuan (isteri)..
KU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang t ua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajia n nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebalik nya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Bend a yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya d itanggung oleh 4
org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa
di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keada an istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. < SPAN style="FONT-SIZE: 10pt;COLOR: navy;FONT-FAMILY: Arial;">
Bahkan manusia,itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
Hikmah sujud -
Sujud lega sistem pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah
yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu
pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahansetiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika
bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t.
dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir
dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.
Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan danmengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pulaboleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempatasalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan
sujud dan bangun daripada sujud.
- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara
automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah
berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit
buah dada.
- mengurangkan kegemukan.
- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah
kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang
perut(convulsions).
- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan
oksigen.
- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepam an darah ke
otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan
sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak,
takbur dan sebagainya.
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran
darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyega rkan
otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkanmentality seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang
tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan
darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tu juh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak
disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima
musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam
sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat,
walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan
jadi biasa, kerana sudah biasa
AMIN.
Surah Al-Munaafiquun : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana hartabenda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang merugi.
Ayat : 9 Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.
Ayat : 11 Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan: Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunyasendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!
Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?
Meninggalkan solat Isya', maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.
Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini.
Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).
Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di
dalam neraka.
Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang
dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan
kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.
Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja....
Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah Kalau
begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan
untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...
Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000
orang Islam.
Kat dunia ni bolehla h jadi sekutu Presiden Bush, tak payahlah kutuk dia lagi
kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush) sama saja.
Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.
Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari
kelemahan saya yang nyata.
email nie untok kite kongsi bersame dan juge memanfatkan nye..INSYALLAH.
semoga kite sesame mendapat rahmat dan pertunjuk dari ALLAH S.W.T. amin. assallamualaikum warahmatullahi wabarakqatu.....
Posted by CADPHOBIA at 4:46 PM 0 comments
Formula Kanak-Kanak Diam Semasa Khutbah Jumaat
Formula Kanak-Kanak Diam Semasa Khutbah Jumaat
Puas sudah memikirkan kaedah dan cara supaya
kanak-kanak terutama yang duduk di saf belakang tidak
membuat bising dan bermain terutamanya ketika khatib
sedang membacakan khutbah Jumaat. Fenomena ini berlaku
dikebanyakkan masjid di seluruh Malaysia dan Masjid
Bandar Baru Senawang tidak terkecuali mengalami
fenomena yang sama.
Pihak jawatankuasa masjid telah beberapa kali
melakukan usaha agar kanak-kanak yang hadir solat
Jumaat ini tidak membuat bising dan bermain-main
ketika khatib sedang berkhutbah. Ada beberapa kali
khatib sebelum memulakan khutbah menasihatkan
kanak-kanak di belakang agar tidak membuat bising.
Namun hanya sekejap sahaja, malah nasihat tersebut
tidak didengari kanak-kanak kerana mereka sedang
bercakap-cakap dan bermain ketika itu.
Ada juga pihak jawatankuasa masjid mencadangkan supaya
diletakkan poster-poster supaya kanak-kanak tidak
membuat bising ketika khutbah Jumaat, namun masih
belum terlaksana.
Maka pada Jumaat 7 Julai 2006 dicubalah usaha
mengedarkan risalah kecil bersaiz 4 inci x 6 inci dan
diedarkan kepada kanak-kanak yang duduk di saf
belakang sebelum khatib berkhutbah.
Dengan izin Allah, usaha ini berjaya. Sebaik khatib
menaiki mimbar, suara kanak-kanak yang pada mulanya
bising beransur-ansur senyap dan akhirnya sunyi sepi.
Apa yang kedengaran ialah bunyi kipas-kipas yang
sedang berpusing.
Ini membuktikan kanak-kanak orang Islam sebenarnya
boleh diberi nasihat, tetapi perlu kena caranya.
Dengan itu tidaklah sepatutnya diletakkan kesalahan
sepenuhnya kepada kanak-kanak yang membuat bising
ketika khatib sedang berkhutbah. Orang dewasa serta
ibu bapa harus memikirkan kaedah-kaedah yang sesuai
untuk mendidik anak-anak mengikut peredaran zaman.
Mungkin kaedah ini sesuai digunakan di kawasan
Senawang, kalau keadah ini tidak sesuai digunakan
tidak tempat lain maka perlu difikirkan pula keadah
lain.
Apa yang tertulis pada risalah yang diedarkan pada
kanak-kanak di Masjid Bandar Baru Senawang sebelum
khutbah Jumaat ialah :
ANAK-ANAK HENDAKLAH DIAM KETIKA KHATIB SEDANG
BERKHUTBAH PADA HARI JUMAAT DAN TIDAK BERMAIN-MAIN
IBU BAPA DISARANKAN MENASIHATI ANAK-ANAK MENJAGA ADAB
KETIKA BERADA DI MASJID
DIAM SEWAKTU MENDENGAR KHUTBAH JUMAAT. Hadis Abu
Hurairah r.a. : "Rasulullah saw telah bersabda :
Apabila engkau berkata kepada temanmu, diamlah! pada
hari Jumaat. Padahal imam sedang berkhutbah, maka kamu
benar-benar telah melakukan satu perkara yang sia-sia
iaitu lalai." Sahih Muslim
--
KU SAMPAI KAN WALAU
Posted by CADPHOBIA at 4:44 PM 0 comments
HANDFONE Secret Codes

Nokia Mobile Sets Secret Codes
Mobile Set: All Nokia Mobile Sets
Use For: Default Security Code.
Code: 12345
Mobile Set: Nokia Mobiles
Use For: Turn On Enhanced Full Rate Codec.
Code: *3370#
Use For: Turn Off Enhanced Full Rate Codec.
Code: *#3370#
Use For: Turn On Half Rate Codec.
Code: *4720#
Use For: Turn Off Half Rate Codec.
Code: *#4720#
Use For: Show Software Version.
Code: *#0000#
Use For: Also For Show Software Version.
Code: *#9999#
Use For: Show IMEI (International Mobile Equipment Identity).
Code: *#06#
Use For: Show Lock Status of Your Nokia Mobile Set.
Code: #pw+1234567890+1#
Use For: Show Lock Status of Your SIM.
Code: #pw+1234567890+4#
Use For: Show Security Code of Your Mobile Phone.
Code: *#2640#
Use For: Reset Game Score And Timer.
Code: *#73#
Samsung Mobile Sets Secret Codes
Mobile Set: All Samsung Mobile Sets
Use For: Show IMEI (International Mobile Equipment Identity).
Code: *#06*
Mobile Set: Samsung 811
Use For: Unlock code / Change roaming code / ID.
Code: 47*869#08#9
Mobile Set: SGH-600 , SGH-2100
Use For: Show Software Version.
Code: *#9999#
Use For: Show Software Version (instructions).
Code: *#0837#
Use For: Show Serial Parameters.
Code: *#0001#
Use For: Activates the smiley when charging.
Code: *#9125#
Use For: Battery status (capacity, voltage, temperature).
Code: *#9998*228#
Use For: Program status.
Code: *#9998*246#
Use For: Change Alarm Buzzer Frequency.
Code: *#9998*289#
Use For: Debug screens.
Code: *#9998*324#
Use For: Watchdog.
Code: *#9998*364#
Use For: EEPROM Error Stack - Use side keys.
Code: *#9998*377#
Use For: Trace Watchdog.
Code: *#9998*427#
Use For: Change LCD contrast - Only with version G60RL01W.
Code: *#9998*523#
Use For: Memory status.
Code: *#9998*636#
Use For: Jig detect.
Code: *#9998*544#
Use For: SIM File Size.
Code: *#9998*746#
Use For: SIM Service Table.
Code: *#9998*77
Posted by CADPHOBIA at 4:30 PM 0 comments
GAMBAR ADIK BERADIK JEJAK KASIH

GAMBAR NI DI RAKAM KAT IPOH SEMPENA PERTEMUAN JEJAK KASIH
PERHATIKAN WAJAH MEREKA....... SERUPA KAN?? NILAIKAN SENDIRI
Posted by CADPHOBIA at 12:00 AM 0 comments
11 February 2008
NASI BERIANI GAM
NASI BERIANI GAM
1kg beras basmati/siam
250ml kuah beriani
1 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun pudina
3 helai kain muslin
bawang goreng
Bahan untuk gam
Tepung, air dan garam
Lauk Beriani Daging/Ayam (hidangan 5-6 orang)
1 kg daging tembusu - potong 3cm x 3cm atau (daging top side)
1 ekor ayam - potong 8
20 grm campuran kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan lawang - kisar
100 grm rempah beriani garam masala
100 grm tairu/ yogurt
100ml tomato puree
3 biji buah keras - kisar
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 cm halia - kisar
2 labu bawang besar - kisar
250ml susu cair
Sedikit daun ketumbar
Sedikit asam jawa/asam keping
sedikit minyak sapi - menumis
garam dan serbuk lada secukupnya
cara memasak lauk
Panaskan minyak, tumis bawang2 dan halia kisar hingga kuning.
Masukkan buah keras kisar dan rempah -ratus yng dikisar hingga naik baunya.
Masukkan rempah beriani dan masak hingga naik minyak. Tuang asam jawa atau masukkan asam keping.
Masukkan daging, air dan didihkan dan masukkan tomato puree, susu cair dan tairu.
Bila daging dah empuk, masukkan daun ketumbar dan perasakan dengan garam dan lada.
cara memasak nasi
Buah doh tepung terlebih dahulu, buat doh yang agak lembut.
Masak nasi 3/4 masak(jgn masak dengan byk air takut lembik),angkat dan toskan airnya tapi jgn terlampau kering.
Ambil 1/3 dari nasi tadi , masukkan dalam periuk dan tuang kuah beriani atasnya dan ditabur daun ketumbar,
bawang goreng dan daun pudina dan lauk beriani. kalau ikut cara lama telur rebus, kacang pis, badam dan kismis goreng boleh ditabur.
kalau suka taburkan safron atau koma2 untuk cantikkan warnanya. kalau ikut cara lama telur rebus, kacang pis,
badam dan kismis goreng boleh ditabur. lapis kain diatasnya ulang lagi sehingga menjadi tiga lapisan.
kalau boleh kerja ini hendaklah dilakukan dengan pantas dan ketika nasi masih panas, sbb kalo nasi dah sejuk ambil masa yg lama
pula nak memanaskannya semula.
Bila siap lapis ketiga barulah ditutup periuk dan gam tudung periuk tersebut dengan doh tepung tadi untuk mengelakkan wap keluar.
masak nasi dengan api sederhana selama 30 minit. Proses pengeluwapan akan terjadi diantara nasi dan kuah serta air nasi yang masih ada tadi.
Bila dah masak, angkat dan buang lapisan tepung tadi
kalau malas jugak beli je kat kedai.habis cita
Posted by CADPHOBIA at 11:57 PM 0 comments
AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan
malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."
Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya
pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ?
Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.
Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum".
Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu". Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.
Posted by CADPHOBIA at 11:52 PM 0 comments
SIAPA PAKAI CINCIN DIJARI HANTU & TELUNJUK
Baik lelaki atau wanita ( khususnya ) memang suka
berhias. Tidak salah jika berhias itu kena pada
tempatnya dan masih dalam batasan syariat. Bila sebut
sahaja tentang berhias, bagi kaum wanita pasti ada
kaitan dengan barang kemas. Paling tidak pun sebentuk
cincin menghiasi jejari kita. Pendek kata, lelaki juga
tidak ketinggalan memakai cincin.
Cincin pertunangan, cincin pernikahan, cincin
hantaran, cincin hadiah, macam ? macam cincin. Ada
yang memakai cincin hingga penuh jari-jemari.
Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu jari mana yang
sunnah disarungkan cincin.
Rasulullah s.a.w. ada mengingatkan menantunya Sayidina
Ali k.w. sebaik mengahwini puteri baginda Sayidatina
Fatimah r.ha. Baginda berpesan kepada Sayidina Ali,
jika memakai cincin, pakailah di:
1. Jari manis
2. Jari kelingking.
Rasulullah s.a.w. menegah memakai cincin pada jari
tengah ( jari hantu ) dan jari telunjuk. Kenapa?
Kerana ia menyamai cara kaum Nabi Lut berhias. Kaum
Nabi Lut itu ialah kaum dilaknati Allah kerana derhaka
kepada-Nya.
Justeru, sama ada anda lelaki atau perempuan, ikutlah
ssunnah nabi s.a.w. apabila berhias memakai cincin.
Bukan sahaja jari manis dipandang, malah dapat pahala
pula
Posted by CADPHOBIA at 11:46 PM 0 comments
SIAPA PAKAI CINCIN DIJARI HANTU & TELUNJUK
Baik lelaki atau wanita ( khususnya ) memang suka
berhias. Tidak salah jika berhias itu kena pada
tempatnya dan masih dalam batasan syariat. Bila sebut
sahaja tentang berhias, bagi kaum wanita pasti ada
kaitan dengan barang kemas. Paling tidak pun sebentuk
cincin menghiasi jejari kita. Pendek kata, lelaki juga
tidak ketinggalan memakai cincin.
Cincin pertunangan, cincin pernikahan, cincin
hantaran, cincin hadiah, macam ? macam cincin. Ada
yang memakai cincin hingga penuh jari-jemari.
Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu jari mana yang
sunnah disarungkan cincin.
Rasulullah s.a.w. ada mengingatkan menantunya Sayidina
Ali k.w. sebaik mengahwini puteri baginda Sayidatina
Fatimah r.ha. Baginda berpesan kepada Sayidina Ali,
jika memakai cincin, pakailah di:
1. Jari manis
2. Jari kelingking.
Rasulullah s.a.w. menegah memakai cincin pada jari
tengah ( jari hantu ) dan jari telunjuk. Kenapa?
Kerana ia menyamai cara kaum Nabi Lut berhias. Kaum
Nabi Lut itu ialah kaum dilaknati Allah kerana derhaka
kepada-Nya.
Justeru, sama ada anda lelaki atau perempuan, ikutlah
ssunnah nabi s.a.w. apabila berhias memakai cincin.
Bukan sahaja jari manis dipandang, malah dapat pahala
pula
Posted by CADPHOBIA at 11:46 PM 0 comments
CERITA APA HARINI: MENGAHWINI WANITA HAMIL
Subject: Mengahwini Wanita Hamil
Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan
seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar
nikah, cepat cepat kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan
lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:
Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini
gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan
ayah kepada bayi yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu
sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung,
barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu
tidak sah.
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK
untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak
tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak
perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau
bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah
tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga
perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah
saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi
kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk
memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan
yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang
tidak sah taraf.
Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.
Mafhumnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam". ﻢﻼﺳﻭ
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Posted by CADPHOBIA at 11:17 PM 0 comments
KLIK DA LINK PLZZ
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Posted by CADPHOBIA at 11:04 PM 0 comments
SALAH BANTAL
Harini aku keje tensen sikit nak tau nape............. Tengkok aku x leh nak pusing....... Apakehal ntah, semalam ok je arini bangun tido terus 'hang'.......
Anyway aku keje rajin gak.
Hariniaku dapat projek luar..... ntah le dapat berapa..... jadik lesambil2tunggu gaji pada 25hb ni....
Dah sakit tengkok ni aku rasa sakit kepala plak dah! macam2 plak
Posted by CADPHOBIA at 10:50 PM 0 comments
SALAM PERKENALAN
Salam perkenalan, ni 1st time aku tulis blog ni. NAk kenal aku lebih dekat? Aku skrg keje kt PErak , asal Kelantan......... KAt Perak dah hampir 8 tahun............
Ape lagi yekkk..... Nanti le aku post new one esok ke petang ke
Posted by CADPHOBIA at 9:06 PM 0 comments
