Bukan sesuatu yang mengejutkan untuk melihat seseorang yang tidak pernah sembahyang dan berpuasa pada Ramadan tetapi hidup kaya-raya dengan mempunyai wang yang banyak, rumah tersergam dan deretan kereta mewah.
Walaupun hidup mereka bergelumang dosa dengan maksiat seperti berzina, minum arak dan berjudi, tetapi masih mendapat pemberian nikmat Allah SWT dengan mempunyai kehidupan sempurna di dunia.
Jangan salah faham kerana situasi di atas di gelar 'istidraj' di dalam Islam, yang mana ia adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia tetapi pemberian itu tidak di redai Nya.
Bagaimanapun manusia derhaka dan sering berbuat maksiat terkeliru dengan berfikiran, segala kemewahan itu akan berkekalan sehingga mereka terlupa adanya kehidupan selepas mati, ia itu akhirat.
Yang menjadi masalah ialah apabila umat Islam tidak faham dengan 'istidraj'. Mereka berasa ragu-ragu kerana kalau kita hendak dapat kebahagiaan di dunia dan akhirat, kita mesti ikut jejak langkah Rasullullah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Namun ada orang yang hidup mereka biasa saja walaupun sembahyang lima waktu sehari, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan ketika Ramadan saja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Ada yang susah juga. Kenapa?
Bagaimana pula orang yang seumur hidup tidak pernah sembahyang dan puasa tetapi rumah mereka tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak dan boleh hidup mewah.
Bila di tanya apakah kamu tidak takut mati? Jawab mereka: "Alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!" Begitu sombongnya mereka.
Manusia 'istidraj' adalah manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia berasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina orang yang beramal tanpa mengetahui sebenarnya, kadang-kala Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkan.
Sehubungan itu, umat Islam harus cekal dengan dugaan Allah kerana dugaan itu menunjukkan Allah prihatin dan ingin menguji tahap kesabaran dan keimanan mereka apabila di timpa musibah.
Perlu diingatkan, ia itu cubaan bagi seseorang mukmin adalah kebaikan. "Sungguh unik perkara orang mukmin itu. Semua perkaranya baik. Jika mendapat kebaikan ia bersyukur, maka itu menjadi kebaikan baginya. Jika di timpa musibah dia bersabar, maka itupun kebaikan baginya. Dan ini hanya akan terjadi pada orang mukmin," demikian Rasullullah bersabda.
Rasullullah juga berpesan, "Jika engkau memohon, mohon kepada Allah, jika engkau minta pertolongan, minta kepada Allah. Ketahuilah bahawa seandainya seluruh makhluk berkumpul untuk memberi manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu memberikannya, selain yang di tetapkan Allah bagimu.
Dalam sebuah hadis sahih, Rasullullah bersabda: "Allah tidak menentukan qada bagi hamba, kecuali qada itu baik baginya."
14 February 2008
Elak Jadi Insan Istidraj
Posted by CADPHOBIA at 4:48 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment